2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil/ Foto Fail: BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 September- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta tidak meneruskan arahan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia melakukan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS).
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata sehubungan itu,MCMC perlu meneruskan siri libat urus bersama semua pihak berkepentingan untuk memperoleh pandangan,cadangan dan saranan,memastikan objektif Internet yang lebih selamat dapat dicapai bersama.
Beliau berkata isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman web perjudian,persundalan,pornografi amat membimbangkan dan memerlukan usaha penyelesaian yang menyeluruh.
“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini,demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak dan keluarga.
“Namun,mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus MCMC serta dari khalayak umum,saya telah meminta MCMC agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS),” katanya dalam kenyataan di platform X beliau hari ini.
Semalam,Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC,Datuk Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen berkata arahan terhadap penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri tidak akan menjejaskan,mengganggu atau menyekat pengguna daripada melayari laman web yang sah.
Beliau berkata laman web yang terkesan dengan tindakan itu ialah laman web yang menyalahi undang-undang Malaysia,menyebabkan sekatan dikenakan supaya tidak dapat diakses rakyat Malaysia.
“Laman web yang tidak mempunyai kandungan yang berbahaya,tidak mempunyai sebarang isu,masih boleh diakses seperti biasa. Pelaksanaan arahan ini bertujuan melindungi pengguna daripada akses kepada laman web yang memiliki kandungan dalam talian berbahaya,” katanya pada sesi penerangan isu sekatan DNS di Cyberjaya,semalam. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur