2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,8 September- Kerajaan MADANI akan memastikan keselesaan kepada rakyat bukan hanya meliputi infrastruktur dan fasiliti berkaitan perumahan sahaja tetapi turut melibatkan lebuh raya.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) pagi tadi turut berkata kadar tol berkemungkinan boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuh raya dapat dikawal.
"Saya juga sempat menyentuh mengenai kadar tol yang berkemungkinan boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuh raya dapat dikawal dek terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan.
"Usai ucapan,saya singgah beramah mesra menyantuni pengunjung,peniaga dan staf operasi R&R,selain melihat sendiri surau yang disediakan untuk kemudahan termasuk solat Jumaat seusai mendapat kelulusan pihak berwajib kelak," kata Anwar menerusi perkongsian di Facebook.
Dalam pada itu,Anwar turut mengharapkan supaya kawasan R&R tersebut turut dijadikan sebagai projek rintis kepada pembangunan lain.
Beliau yakin kawasan R&R pertama menggunakan reka bentuk teknologi hijau itu akan memberi keselesaan kepada rakyat.
Ia adalah R&R pertama dilengkapi teknologi hijau seperti panel solar,stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV),Sistem Penuaian Air Hujan dan mesin pengomposan sisa.
BERITA BERKAITAN:
Kawal kos pembangunan lebuh raya
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur