2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
PORT DICKSON,8 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan,terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.
Beliau berkata ini kerana bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara,sekali gus menggambarkan kecelikan kesihatan dalam kalangan rakyat di negara ini masih pada tahap rendah.
“Obesiti,berat badan berlebihan itu tinggi,kencing manis tinggi,jadi tolonglah selamatkan negara,selamatkan anak-anak,selamatkan keluarga,ibu bapa kita dengan mengawal sedikit (pengambilan gula),bukan hentikan seluruhnya.
“Bagaimana kurangkan obesiti? kurangkan karbohidrat,lebihkan senaman tapi jangan joging pada (kempen) bulan kesihatan sahaja. Perlu jaga kesihatan,kita sibuk,tapi alasan itu (sibuk) sangat remeh,kita sibuk tapi kita tidur,makan,jadi kita juga kena bersenam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini hari ini.
Perdana Menteri juga berkata kempen celik kesihatan atau kurangkan gula serta dasar literasi kesihatan yang diperkenalkan,hanya akan berkesan sekiranya masyarakat mengubah gaya pemakanan mereka bermula dari sekarang.
Beliau berkata rakyat tidak harus memudaratkan diri sendiri dengan mengambil gula secara berlebihan,tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan mereka.
Pada masa sama Anwar menasihatkan golongan peniaga supaya turut memainkan peranan aktif,dalam menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula dengan mengambil kira kesihatan pelanggan apabila menyediakan makanan dan minuman.
“(Kita) Cakap soal AI (kecerdasan buatan),industri pertumbuhan yang hebat,mutu pendidikan hospital yang baik...tapi kecelikan kesihatan rakyat paling rendah,” katanya.
Anwar berkata komitmen dan iltizam daripada kakitangan kesihatan juga diperlukan,selain fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik perlu memberikan contoh terbaik dalam membudayakan amalan pemakanan dan riadah yang bersesuaian.
Selain itu,beliau berkata kantin sekolah juga perlu menjual makanan yang sihat bagi memastikan mutu kesihatan pelajar terjamin,manakala penggunaan gula dalam menu makanan dan minuman majlis kerajaan dikurangkan.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur