2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Jualan Rahmah Madani di perkarangan parkir Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang,Johor hari ini.
JOHOR BAHRU,8 September- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor mengingatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya terutama menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Mahkota pada 28 September ini.
Pengarah KPDN Johor Lilis Salinda Pornomo berkata pihaknya telah melaksanakan program advokasi berkaitan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat aduan mengenai pelanggaran Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Kami telah menggerakkan semua 200 penguat kuasa setiap hari untuk menjalankan pemeriksaan termasuk berdasarkan aduan dan juga pemantauan sendiri. Selepas advokasi,jika peniaga masih berdegil,kami terpaksa mengambil tindakan bawah Akta 2011," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas sesi lawatan Program Jualan Rahmah Madani yang bermula hari ini hingga 15 September di sembilan lokasi seluruh Johor.
Seramai 10,000 penduduk dijangka akan menerima manfaat daripada Jualan Rahmah Madani yang diadakan di pekarangan parkir Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang hari ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur