2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO IPD TUMPAT
KOTA BHARU,8 September- Seorang wanita warga emas maut dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan dekat Kampung Berangan di Tumpat hari ini.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan mangsa yang berusia 72 tahun dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba sebelum dilanggar motosikal berkenaan.
Beliau berkata,kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi.
Katanya,motosikal itu ditunggang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dalam perjalanan dari Wakaf Bharu ke Tumpat.
"Kerana jarak yang dekat dengan mangsa,motosikal itu tidak sempat mengelak. Mangsa dibawa ke Hospital Tumpat dan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan hospital berkenaan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur