2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke/Foto MOT
Ipoh,8 September – Dua syarikat konsortium besar dalam negara menunjukkan minat untuk meneruskan projek Pembangunan Bersepadu Stesen Keretapi Ipoh (iRide) yang berkonsepkan pembangunan transit (TOD).
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke,mengesahkan bahawa kedua-dua syarikat tersebut telah disenaraipendek oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) selepas pembukaan Permintaan Untuk Cadangan (RFP) kepada penyertaan awam.
Menurut beliau,projek ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan pesat di Ipoh,sekali gus menjana ekonomi negeri Perak.
"Kita menjangkakan usaha sama atau projek ini dapat ditandatangani dari segi penganugerahan kepada pemaju induk menjelang suku keempat tahun ini.
"Dua syarikat konsortium tempatan itu berminat untuk membangunkan tanah di belakang Stesen Keretapi Ipoh,yang bakal dijenamakan sebagai Ipoh Sentral.
"Projek ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pesat di Ipoh,sekali gus menjana ekonomi negeri Perak," katanya selepas merasmikan Konvensyen DAP Negeri Perak ke-20 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi DAP Negeri Nga Kor Ming.
Tambah beliau,pihak Kementerian turut mempertimbang cadangan untuk menambah kekerapan perjalanan perkhidmatan ETS,khususnya dari Kuala Lumpur ke Ipoh,serta perkhidmatan komuter dari Ipoh ke Butterworth.
Projek iRide,yang meliputi kawasan seluas 78 hektar sekitar Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Ipoh,telah dilancarkan pada 10 Oktober 2019.
Projek itu merupakan kerjasama antara RAC dan Perbadanan Menteri Besar (MBInc),dengan matlamat membangunkan kawasan seluas 27 hektar secara bersepadu dan diintegrasikan dengan hab pengangkutan utama.
Pembangunan tersebut akan dibahagikan kepada beberapa segmen,merangkumi perumahan mampu milik,hotel,institusi pendidikan,komersial,kawasan hijau dan pembangunan bercampur.
Katanya ia bagi memastikan keseimbangan dan kesepadanan dalam pembangunan kawasan tersebut.
Selain itu,Loke turut mengulas mengenai beberapa insiden pesawat yang terpaksa berpatah balik kebelakangan ini,dan menyatakan bahawa perkara tersebut sedang berada dalam perhatian kementerian.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur