2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Fadillah Yusof
SUBANG JAYA,8 September-Malaysia mencatatkan peningkatan 5.9 peratus pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding suku kedua tahun lepas 4.2 peratus.
Menurut Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof pertumbuhan itu disokong oleh aktiviti ekonomi dan keadaan pasaran pekerja yang terus pulih.
"Jadi ini menunjukkan kekuatan ekonomi kita,pelabur pun telah mula datang..daripada segi pekerjaan meningkat,ratusan ribu..inflasi kekal rendah.
"Ini merupakan ciri-ciri yang amat baik sekali untuk kita menuju sebagai sebuah negara yang terus membangun daripada sudut ekonomi.
"Kita berharap dapat memberi tumpuan dengan kestabilan politik yang wujud ini untuk terus membangun dan meningkatkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya," katanya kepada media selepas merasmikanlarian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2024 di sini.
Terdahulu,Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim menzahirkan perasaan sukacita dengan keadaan ekonomi dan prestasi perdagangan negara yang bertambah baik serta menunjukkan peningkatan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur