2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok / FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 September- Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok akan memberikan keterangan berhubung isu pensijilan halal pada pukul 10 pagi esok di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),Bukit Aman,kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata terdapat beberapa saksi lain,termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung perkara tersebut.
"Beliau (Teresa Kok) akan dipanggil untuk memberi keterangan,dan beberapa saksi lain yang akan ditentukan kemudian juga akan dipanggil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam,Razarudin berkata siasatan ke atas kenyataan Teresa Kok akan dilaksanakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan,Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan isu berkaitan raja,agama,dan kaum (3R)
Media sebelum ini melaporkan bahawa JAKIM sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.
Bagaimanapun,Teresa Kok dilaporkan kemudiannya menyatakan bahawa cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan seperti itu mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan,termasuk membabitkan ribuan pengusaha restoran Melayu.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur