2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Beberapa kawasan di Johor dilaporkan mengalami gangguan bau busuk berpunca daripada sungai yang tercemar
KLUANG,9 September- Kementerian Pendidikan terbuka untuk bekerjasama dengan agensi berkaitan,bagi memastikan insiden pencemaran alam sekitar dapat dikawal,seterusnya memelihara suasana pembelajaran kondusif di sekolah.
Ia susulan kes pencemaran bau kimiabaru-baru ini,yang memberi kesan di beberapa kawasan di Johor Bahru termasuk beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat.
Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek berkata pihaknya akan memantau keadaan di sekolah-sekolah terlibat dan memandang serius terhadap pematuhan garis panduan ditetapkan berhubung isu pencemaran alam sekitar.
"Sebab itu saya sebut tadi,dari segi garis panduan itu,harus dipatuhi oleh semua pihak,khususnya pihak pihak sekolah,mestilah mengambil langkah langkah yang telah kita gariskan dalam garis panduan," katanyaselepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perdana di sini hari ini.
Fadhlina berkata pihaknya juga akanmendapatkan cadangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sertaagensi berkaitan sama ada terdapat keperluan untuk penutupan sekolah demi memastikan kesejahteraan pelajar dan guru.
Selan itu,beliau turut mengingatkan pihak pentadbir supaya mematuhi dan mengambil langkah ditetapkan dalamgaris panduan disediakan KPM,terutamadalam menghadapi isu pencemaran.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur