2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Nombor pendaftaran istimewa bagi kenderaan sifar emisi (ZEV) dengan tanda indeks ‘EV’ dibuka untuk bidaan melalui sistem JPJeBid/Foto JPJ
CYBERJAYA,9 September - Nombor pendaftaran istimewa (NPI) bagi kenderaan sifar emisi (ZEV) dengan tanda indeks ‘EV’ dibuka untuk bidaan selama lima hari bermula hari ini melalui sistem JPJeBid.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata,keputusan bidaan nombor plat itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas proses bidaan tamat 10 malam pada 13 September.
Beliau berkata NPI EV itu khas untuk kenderaan ZEV sahaja dan tidak boleh didaftarkan kepada kenderaan bukan ZEV.
“Pemilik kenderaan ZEV yang tidak berminat masih boleh menggunakan mana-mana nombor siri negeri yang biasa untuk didaftarkan kepada kenderaan masing-masing.
“Seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini,sebahagian pendapatan daripada NPI akan disalurkan kepada inisiatif rakyat seperti program penukaran topi keledar secara percuma dan latihan lesen B2 untuk golongan B40,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran JPJePlate di sini hari ini.
Loke berkata beberapa piawaian baharu ditetapkan pada papan nombor plat kenderaan ZEV iaitu keterlihatan yang ditingkatkan dengan ciri retro 'reflektif',dilengkapi dengan hologram antiklon untuk meminimumkan risiko kecurian dan penipuan serta mempunyai teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Beliau berkata papan nombor plat berwarna putih dengan tulisan NPI berwarna hitam serta stiker jalur hijau dan Jalur Gemilang pada sebelah kiri papan nombor pendaftaran itu sebagai kod warna bagi kenderaan ZEV.
“Pelaksanaan ini ialah usaha kerajaan untuk memperluas pendigitalan,meningkatkan keselamatan jalan raya dan mewujudkan evolusi baharu dalam sistem pengenalan kenderaan (VIS) pintar,” katanya.
Susulan pelancaran JPJePlate itu,Loke berkata syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan ZEV boleh mula menempah NPI bagi pihak pelanggan bermula hari ini melalui laman sesawang jpjeplate.jpj.gov.my.
Nombor berkenaan boleh didapati pada harga RM98 satu set termasuk papan plat dan nombor plat hadapan dan belakang,pelekat RFID serta caj penghantaran.
Loke berkata Kementerian Pengangkutan telah mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri termasuk Persatuan Automotif Malaysia (MAA) serta syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan EV pada 14 Jun lepas.
“Langkah ini bertujuan memastikan inisiatif yang diumumkan ini mendapat maklum balas dan kerjasama baik daripada semua pihak,” katanya.
Sebanyak 12,850 kenderaan EV didaftarkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 5,131 pada tempoh sama tahun lepas. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur