2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Keadaan tebing sungai yang runtuh menyebabkan limpahan air Sungai Klang memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek berkenaan sedalam 19 meter
SHAH ALAM,9 September- Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari sedang menunggu laporan penuh berhubung insiden runtuhan tebing tapak projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1),Puchong.
Laporan itu nanti akan dikemukakan oleh Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor,Ir. Izham Hashim.
Jelas beliau,laporan penuh tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan tindakan selanjutnya akan dilaksanakan.
"Izham telah pergi ke lapangan dan itu saya kena siasat dulu apa punca dan kalau ia melibatkan kelemahan struktur yang dibina oleh pemaju,itu saya rasa termasuk dalam kos yang perlu ditanggung oleh mereka.
"Jadi saya perlu tunggu laporan sepenuhnya dan apa sebabnya dan saya percaya projek itu ada insurans. Insurans itu perlu diaktifkan kalau ada termasuk dalam perlindungan yang telah diberikan untuk pembangunan,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Akademi Bateriku di Shah Alam.
Tebing sungai bersebelahan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) itu runtuh pukul 2 petang pada Sabtu.
Insiden itu menyebabkan limpahan air Sungai Klang memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek berkenaan sedalam 19 meter.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur