2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Selangor akan meneliti laporan penuh insiden runtuhan tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau/Foto Bernama
SHAH ALAM,9 September- Selangor akan meneliti laporan penuh insiden runtuhan tebing sungai semasa pelaksanaan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) sebelum membuat keputusan untuk penyambungan semula projek berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir. Izham Hashim telah ke lokasi kejadian bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian.
"Kalau melibatkan kelemahan struktur yang dibina oleh pemaju berkenaan atau kontraktor yang diberi tanggungjawab,saya rasa setiap projek ada insuran," katanya.
Menurut Amirudin dengan perlindungan insurans,pastinya kos kerugian bagi kerosakan berkenaan akan ditanggung atau dibayar oleh syarikat insurans.
Beliau bagaimanapun menjangkakan tiada peningkatan kos yang ketara kerana insiden itu hanya melibatkan runtuhan ban atau tebing sungai namun keputusan muktamad mengenai status projek dapat dibuat setelah laporan penuh kejadian diterima kelak.
Semalam,Izham dilaporkan berkata siasatan komprehensif untuk mengenal pasti punca kejadian itu akan diketuai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang telah melantikkonsultan yang mempunyai kepakaran bidang berkaitan bagi kerja-kerja penyiasatan itu.
Katanya,laporan lengkap untuk mengenal pasti punca insiden itu akan dikemukakan dalam masa tiga bulan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang pada Sabtu lepas,tebing di projekberkenaan runtuh menyebabkan limpahan air sungaimemasuki bahagian hadapan tapak pembinaan namun tiada kecederaan dilaporkan. -BERNAMA
ARTIKEL BERKAITAN
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur