2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Kecemerlangan Kepimpinan dan Kesedaran Sivik KEMAS Parlimen Padang Besar yang berlangsung di Pusat Kegiatan KEMAS Alor Tampang,Beseri / FOTO RTM
BESERI,9 September- Kesemua 122 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)bagi Parlimen Padang Besar disaran memanfaatkan Dana SejaTi MADANI bagi tingkatkan sosioekonomi komuniti.
Sehingga kini,hanya 80 daripada keseluruhan 122 JPKKP telah membuat permohonan Dana SejaTi MADANI yang dibuka untuk permohonan sejak 25 Mac dan akan berakhir pada 30 September ini.
Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Padang Besar,Ruzaini Rais memaklumkan,kesemua JPKKP dinasihatkan agar segera membuat permohonan melalui penyelaras di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri yang kemudiannya akan disalurkan kepada pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk kelulusan.
Program itu menyediakan geran sehingga RM100,000 untuk pelaksanaan aktiviti ekonomi bawah lima sektor tumpuan iaitu pertanian dan makanan,jahitan dan kraftangan,herba dan kesihatan,pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.
Peluang keemasan yang disediakan kerajaan untuk pembangunan ekonomi komuniti ini harus direbut untuk meningkatkan produktiviti selain meningkatkan daya saing dalam bidang keusahawanan dan perniagaan sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi komuniti setempat.
Beliau memaklumkannya pada Perasmian Penutupan Bengkel Kecemerlangan Kepimpinan dan Kesedaran Sivik KEMAS Parlimen Padang Besar yang berlangsung di Pusat Kegiatan KEMAS Alor Tampang,Beseri.
Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion sepanjang tahun ini untuk inisiatif Dana Komuniti MADANI bagi membantu masyarakat desa mulakan projek ekonomi sendiri.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur