2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pemandangan Labuan
LABUAN,9 September- Kerajaan sedang menangani pelbagai isu pembangunan yang membelenggu Labuan bagi memastikan kesejahteraan penduduk dan menarik pelabur asing ke pulau itu,menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
"Kita tahu antara isu yang membelenggu Labuan ialah infrastruktur,terutamanya air dan elektrik. Ini sudah kita tangani,kerajaan telah menyalurkan dana RM300 juta untuk penggantian fasa pertama paip air yang usang di Labuan.
"Petronas juga sedang membina janakuasa untuk memastikan tiada gangguan bekalan elektrik. Apabila semua infrastruktur penting ini siap,kita boleh mulakan semula rancangan induk pembangunan pulau Labuan," katanya.
Tambah beliau kos keseluruhan projek penggantian paip usang yang diluluskan kerajaan melibatkan hampir RM1 bilion.
Selain itu pembinaan projek janakuasa elektrik baharu oleh Petronas dijangka akan memastikan tiada gangguan bekalan elektrik kepada pengguna menjelang 2027.
Datuk Azman Abidin yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan pada program Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan di Menara Perbadanan Labuan di sini hari ini.
Lebih 100 asnaf dari 27 buah kampung menerima bantuan berupa wang tunai.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur