2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foong Hin menunjukkan ulat bungkus yang menyerang ladang-ladang kelapa sawit milik pekebun kecil dalam negara
BERUAS,9 September-Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memohon peruntukan khusus sebanyak RM10 juta untuk kawalan bersepadu serangga perosak ulat bungkus menerusi Belanjawan 2025.
Timbalan Menterinya Datuk Chan Foong Hin berharap Kementerian Kewangan (MOF) mempertimbangkan peruntukan itu dalam belanjawan akan datang untuk membantu pekebun kecil.
Beliau menegaskan bahawa jika tidak ditangani,serangan ulat bungkus boleh mengurangkan pengeluaran hasil sawit negara sehingga 44 peratus dan merugikan pekebun kecil.
"Peruntukan RM10 juta ini adalah permintaan KPK selepas perbincangan dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pengurusan tertinggi. Kami memohon daripada MOF untuk belanjawan tahun depan.
"Kalau ada serangan ulat bungkus barulah kita guna peruntukan ini. Maksudnya bukan bila kita dapat RM10 juta tu kita terus belanja. Tidak. Peruntukan ini hanya digunakan bila perlu. Ini adalah sebahagian daripada 'wish list' kita," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Data MPOB menunjukkan sebanyak 6,500 hektar kawasan pekebun kecil persendirian di Perak telah diserang ulat bungkus.
Beliau melakukan lawatan kerja ke Beruas untuk operasi semburan udara kawalan serangga perosak dan sesi ramah mesra bersama pekebun kecil sawit di Kampung Banjar di sini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur