2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Polis Terengganu,Datuk Mohd Khairi Khairuddin / Foto RTM
KUALA TERENGGANU,9 September – Penganjur dan peserta Program RXZ Members 6.0 diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa atau berdepan risiko pembatalan permit penganjuran pada masa akan datang.
Ketua Polis Terengganu,Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata garis panduan telah dibincangkan dalam empat siri mesyuarat penyelarasan bersama agensi lain termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT),Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).
Katanya,kesemua 80,000 peserta yang akan menyertai program bermula Jumaat ini diingatkan agar mematuhi peraturan.
"Peserta mesti memiliki lesen memandu sah dan motosikal dengan cukai jalan yang berkuat kuasa. Pastikan tiada pengubahsuaian fizikal pada motosikal yang melanggar undang-undang.
"Nombor pendaftaran perlu mengikut piawaian dan ekzos tidak diubah suai. Semua kenderaan hendaklah berhenti di sekatan jalan raya untuk pemeriksaan," katanya selepas mesyuarat penyelarasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu,di sini.
Tambah Mohd Khairi,seramai 101 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang program dua hari tersebut bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik.
"Rondaan di kawasan perumahan serta sekatan jalan raya akan ditingkatkan,terutama di bandar raya ini," katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur