2024-09-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Aminurrahim Mohamed (dua,kanan) bersalaman bersama pegawai di Machang / Foto Bernama
MACHANG,9 September-Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengenal pasti lebih 6,000 kawasan berisiko dilanda bencana termasuk banjir,tanah runtuh dan kepala air di seluruh negara sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
Ketua Pesuruhjayanya,Datuk Aminurrahim Mohamed berkata risikonya dapat dilihat berdasarkan maklumat yang dikumpul sejak tiga tahun lepas bersama Jabatan Meteorologi Malaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran.
"Dikenal pasti bahawa kawasan tersebut perlu diberi perhatian. Kalau kita dapati ada tempat yang kita boleh bantu dengan menghantar peralatan seperti jaket keselamatan dan sampan,kita beri dulu kepada ketua kampung untuk mereka bersiap lebih awal"
Beliau ditemui selepas Majlis Apresiasi Sempena Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Reben Perkhidmatan serta Kecemerlangan APM Kelantan Tahun 2024 di Machang,Kelantan.
Mengulas lanjut,Aminurrahim berkata walaupun musim peralihan MTL belum berlaku,pihaknya sudah melakukan persiapan lebih awal seperti membuat latihan kesiapsiagaan.
Ini bagi memastikan tiada sesiapa yang akan tercicir daripada mendapat bantuan daripada APM atau mana-mana agensi lain.
Setakat ini beberapa siri latihan kecemasan dan persediaan banjir kepada lebih 270,000 individu terdiri daripada pemimpin masyarakat dan penduduk kampung yang dilaksanakan secara berperingkat.
Pada masa sama,beberapa pendekatan baru diambil dengan kerjasama badan bukan kerajaan seperti menempatkan pegawai bersekutu APM untuk menjaga jajahan masing-masing.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur