2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto fail/Reuters
NEW DELHI,10 September - Pakistan memansuhkan bayaran visa kepada warganegara Malaysia yang melawat negara itu tujuan perniagaan,pelancongan atau lawatan keagamaan ke tapak ziarah Sikh.
Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata,rakyat Malaysia hanya perlu mendapatkan 'Visa Sebelum Ketibaan (VPA)' melalui Sistem Visa Dalam Talian Pakistan di https://visa.nadra.gov.pk/visa-prior-to-arrival/
"Hanya pasport dan VPA diperlukan untuk tujuan imigresen. Tiada bayaran dikenakan termasuk yuran pemprosesan," menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya Tinggi Pakistan berkata proses VPA diperkemas bagi memastikan notis pemberian visa atau visa dihantar kepada pemohon melalui e-mel dengan segera.
"Jika permohonan visa memerlukan semakan lanjut,keputusannya akan dimaklumkan tanpa sebarang kelewatan," kata kenyataan itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur