2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA TERENGGANU,11 September-Seorang pesara kerajaan menanggung kerugian lebih RM91,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 85 tahun itu mula terperdaya setelah menerima pesanan iklan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali pada 29 Oktober tahun lepas.
Mangsa telah ditawarkan dengan pakej pelaburan ‘Madinah Emas’ yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat.
"Mangsa telah ditawarkan pakej Vip bermodalkan RM500 dan dijanjikan keuntungan RM15,800 dalam tempoh empat jam.
"Mangsa juga telah membuat transaksi sebanyak 26 kali ke enam akaun bank yang diarahkan suspek," katanya menerusi kenyataan.
Mangsa yang membuat laporan polis pada 9 September lepas selepas tidak menerima wang pulangan seperti dijanjikan dan merasakan dirinya ditipu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Azli menasihati masyarakat agar sentiasa peka dan berwaspada serta jangan mudah terpedaya dengan kadar pulangan lumayan ditawarkan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur