2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Peserta Program Himpunan Motosikal RXZ Member 6.0 diingatkan supaya patuh kepada peraturan/Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU,11 September - Semua peserta Program Himpunan Motosikal RXZ Member 6.0 sekali lagi diingatkan untuk mematuhi peraturan ditetapkan serta tidak menggangu ketenteraman orang ramai.
Antaranya tidak menimbulkan isu kritikal seperti lumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) dan menunggang motosikal secara berbahaya sehingga menggangu orang awam.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu,Mohd Zamri Samion berkata,advokasi dan nasihat mengenai garis panduan berhubung perjalanan program dan peraturan-peraturan juga sudah dijalankan bersama penganjur dan mereka berkaitan.
"Kita bercakap tentang mematuhi peraturan ini bukan disebabkan kita suka-suka. Kita bercakap tentang keselamatan bila kehadiran dengan jumlah yg sangat besar ini. Saya dimaklumkan kehadiran hampir 80,000 sangat besar.Jumlah yang sangat besar tu bawa jentera motosikal ia membawa kepada risiko. Sebab itu kita minta semua org berkelakuan baik menunggang dengan selamat dan bersifat bertolak ansur,Katanya selepas menjadi tetamu konti Terengganu FM.
Program tersebut dijadual berlangsung di Litar Permotoran Terengganu,Kompleks Sukan Gong Badak,Kuala Nerus bermula pada Jumaat hingga Sabtu ini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur