2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,11 September - Badan profesional perlu mengiktiraf lebih banyak Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),antaranya seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).
Penggiat industri solar Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata,langkah itu bagi memudahkan pengambilan tenaga kerja mahir sekali gus dapat memenuhi kehendak pemain industri tenaga boleh baharu.
"Apa yang perlu diberi penekanan sekarang adalah akreditasi pusat-pusat latihan TVET tersebut dengan industri solar kerana dalam industri solar hanya SEDA yang boleh memberi akreditasi kepada pusat-pusat latihan ini dan lebih kurang lapan dan sebuah pusat latihan sahaja disediakan ." kata Ir. Guntor.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan turut memberikan akreditasi kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Selain itu,beliau juga mengesyorkan supaya memastikan projek Ladang Solar Skala Besar 5 (LSS 5) yang dijadual mula beroperasi menjelang 2026 tidak tergendala dan kerajaan perlu memastikan keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir tersedia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur