2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,11 September- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu,dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM23.09 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.82 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menawarkan satu tender repo berbalik bernilai RM1.65 bilion bagi 30 hari dan satu tender repo berbalik semalaman RM4 bilion untuk satu hari,serta satu tender repo berbalik Islam (SBBA) RM400 juta bagi 30 hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.
Pada pukul 4 petang,BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional sehingga RM28.7 bilion dan tender semalaman murabahah RM24.2 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur