2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 September - Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu,didorong sentimen pelabur yang berhati-hati menjelang laporan inflasi AS,kata penganalisis.
Pada pukul 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.3330/3460 berbanding dolar AS daripada 4.3400/3445 ketika ditutup semalam.
Laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dijadual dikeluarkan lewat hari ini.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata angka bagi potensi pengurangan kadar faedah yang akan diputuskan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS minggu depan masih dibincangkan dalam kalangan peniaga dan pelabur.
“Berdasarkan harga minyak mentah yang berada pada trajektori lebih rendah serta data pasaran buruh yang lemah maka,laporan IHP malam ini tidak seharusnya menjejaskan kemungkinan perubahan pendirian dasar monetari Rizab Persekutuan,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.7758/7902 daripada 4.7909/7959 ketika ditutup pada Selasa,dan naik berbanding pound British kepada 5.6680/6850 daripada 5.6850/6909.
Bagaimanapun,ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.0478/0571 daripada 3.0309/0343.
Ringgit juga didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 280.3/281.3 daripada 280.7/281.2 semalam,dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3226/3328 daripada 3.3257/3294.
RInggit lebih kukukuh berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.71 daripada 7.69/7.71 sebelum ini namun,susut berbanding baht Thailand kepada 12.8748/9218 daripada 12.8581/8764. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur