2024-09-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Abdul Rahman (dua,kiri) mengadakan lawatan pada pertandingan WorldSkills (WSC) di Eurexpo di Lyon,Perancis. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 September - Malaysia berhasrat untuk meningkatkan bilangan penyertaan pada pertandingan WorldSkills (WSC) edisi akan datang,khususnya melalui bidang kemahiran baharu.
Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad percaya penyertaan dalam bidang baharu di WSC akan melahirkan lebih ramai belia mahir dan berkualiti tinggi.
Menurut beliau antara bidang kemahiran baharu yang boleh disertai termasuk teknologi air,keselamatan siber,pemasaran digital,dan pembangunan perisian.
Abdul Rahman yang juga Chef de Mission (CDM) Malaysia bagi WSC 2024 berkata pertandingan berkenaan penting kerana ia berupaya mencungkil bakat belia negara dan memberi ruang pekerjaan baik buat mereka.
“Saya mintak pegawai (kementerian) menyediakan kertas kerja yang dapat meningkatkan lagi taraf penyertaan kita supaya kita dapat mencapai tahap lebih baik lagi.
"Kita akan menambah penyertaan dan memperbanyakkan aspek yang boleh dibincangkan untuk memastikan bahawa penyertaan Malaysia dalam pertandingan WorldSkills peringkat dunia ini terus meningkat dan bertambah baik,” katanya selepas meninjau 15 peserta yang bertanding pada WSC 2024 di Eurexpo di Lyon,Perancis.
WSC 2024 yang bermula pada 10 sehingga 15 September ini menghimpunkan 1,400 peserta daripada lebih 70 negara dan wilayah,untuk bersaing dalam 62 kategori kemahiran.
Malaysia mengambil bahagian dalam 14 kategori antaranya Integrasi Sistem Robot,Penyelesaian Perisian IT untuk Perniagaan,Teknologi Kenderaan Berat dan Pembinaan Digital.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menegaskan penyertaan Malaysia pada WSC 2024 akan membuka peluang kepada negara untuk meneroka pelbagai teknologi dan amalan terbaik dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat antarabangsa.-BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur