2024-09-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 September-Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berusaha menarik minat belia dalam sektor keusahawanan agro melalui Program Agropreneur Muda.
Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian KPKM,Hizatul Haliza Hashim berkata ia penting bagi menjamin kelangsungan sumber makanan dalam negara,selain dapat mengeksport dan menjana sumber ekonomi.
"Kami tawarkan adalah khidmat nasihat,kita ada banyak jabatan dan agensi di bawah kementerian (KPKM) yang boleh membantu belia-belia dan sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang ingin terlibat dalam sektor pertanian.
"Geran itu (Program Agropreneur Muda) bagi belia yang berumur 18 hingga 40 tahun. Mereka yang ingin terlibat dalam sektor agro makanan ini kita bagi geran RM20,000 'in kind'.. tak perlu bayar balik,makna syarat dia muda sahaja" katanya selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.
KPKM telah menawarkan lebih 10 bidang bagi industri agro makanan dan pertanian di 15 pusat latihan di seluruh negara.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur