2024-09-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Majlis Pelancaran Logo 100 Tahun SK Wellesley
GEORGE TOWN,12 September -Sekolah Kebangsaan (SK) Wellesley yang dahulunya dikenali sebagai Hillview Government School,terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini berpotensi untuk diiktiraf sebagai sekolah warisan.
Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow menyarankan agar Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Wellesley memohon status 'Sekolah Warisan' kepada Jabatan Warisan Negara kerana sekolah zaman penjajahan Inggeris itu diasakan pada tahun 1925.
“Sekolah ini boleh dianggap sebagai sebuah sekolah warisan,dengan sejarah hampir 100 tahun dan seni bina bangunannya. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan untuk memohon pengiktirafan status warisan di peringkat negeri mahupun kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Logo 100 Tahun SK Wellesley dan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2024.
Sebelum ini,Penang Free School (PFS),sekolah aliran bahasa Inggeris tertua di Asia Tenggara,telah dianugerahkan status warisan oleh Jabatan Warisan Negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur