2024-09-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ahmad Zahid bercakap kepada media ketika lawatan kerjanya ke Shanghai China/Foto BERNAMA
SHANGHAI,12 September - Sebarang keputusan mengenai hasil kajian untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua restoran dan syarikat pengendali makanan adalah tertakluk di bawah kuasa Majlis Raja-Raja.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.
Justeru katanya,tiada pihak yang perlu rasa tergugat dengan cadangan kajian mengenai kewajiban pensijilan halal itu.
“Lagipun,soal hal ehwal agama ini termasuk isu halal ini,adalah di bawah kuasa Majlis Raja-Raja,Jika kajian mendapati (perlu) mewajibkan atau tidak mewajibkan,kita serahkan kepada Majlis Raja-Raja. Jika kajian ini dibawa ke Kabinet,kita berpandukan nasihat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya perkara ini tidak dijadikan polemik.
“Kita harus menghormati situasi semasa. Walaupun saya Pengerusi Majlis Halal Malaysia,tentu saya mengambil tindakan yang berhati-hati dalam menentukan dapatan terhadap kajian,” katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja ke China.
Dalam perkembangan berkaitan,beliau memaklumkan tindakan telah diambil bagi memendekkan tempoh kelulusan permohonan sijil halal.
Kelulusan kini dipendekkan kepada 15 hari waktu bekerja iaitu dari tarikh permohonan dikemukakan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur