2024-09-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pelancaran GPP KiTa di Laman Sayur MAEPS,Serdang/Foto RTM
SERDANG,12 September - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan Garis Panduan Perancangan Kilang Tanaman (GPP KiTa) bagi menyeragamkan dan memudah cara proses permohonan dan kelulusan pembangunan kilang tanaman di seluruh negara.
Menterinya,Nga Kor Ming berkata pengenalan garis panduan itu bertujuan menggalakkan pertanian bandar serta meningkatkan kualiti keterjaminan makanan negara terutamanya di kawasan bandar.
Beliau berkata Malaysia kini berdepan dengan proses urbanisasi yang pesat,dengan kadar perbandaran meningkat kepada 75.1 peratus iaitu 24.4 juta penduduk pada 2020 berbanding 70.9 peratus iaitu 19.5 juta penduduk pada 2010.
“Pada masa sama,import makanan negara juga semakin meningkat dengan jumlah dicatatkan sebanyak RM78.7 bilion ringgit pada tahun lepas.
"Oleh itu,keterjaminan makanan dan usaha mengoptimumkan kawasan tanaman makanan adalah satu agenda nasional penting untuk kita lakukan bersama," katanya pada sidang media selepas melancarkan GPP KiTa di sini hari ini.
Nga berkata garis panduan itu meliputi aspek kawalan pengoperasian,perancangan tapak serta prosedur permohonan dan kelulusan perancangan pembangunan kilang tanaman.
Beliau berkata ia melibatkan tiga kategori cadangan pembangunan kilang tanaman iaitu pemajuan di kawasan baharu di bangunan kekal dan separa kekal,pemajuan di kawasan brownfield dan pemajuan di premis sedia ada.
“Salinan garis panduan ini akan diedarkan kepada semua 156 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.
“Khidmat nasihat untuk mendirikan kilang tanaman akan disediakan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) secara percuma," katanya. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur