2024-09-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

Karnival Segalanya Felda di Lahad Datu/Foto PMO
LAHAD DATU,12 September - Kerajaan Persekutuan dan negeri,serta Felda,akan mengadakan perbincangan bersama untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan kepada penduduk terlibat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah memaklumkan kepadanya tentang rayuan daripada penduduk untuk mengembalikan tanah adat milik mereka.
"Ada sekitar 400 ekar (161.87 hektar) di Tambisan yang melibatkan Felda. Saya akan minta Felda untuk segera berunding dengan kerajaan negeri.
"Saya setuju untuk serah balik setelah dibuat ukuran teliti oleh kerajaan negeri dan saya minta juga Felda," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Segalanya Felda di sini hari ini.
Menurut Anwar,perubahan kerajaan dan penantian puluhan tahun oleh penduduk untuk mendapatkan kembali hak tanah adat mereka telah didengar oleh kerajaan MADANI.
"Kalau saya umum hari ini,seperti saya sebut di Kota Kinabalu,saya tidak mahu ia berlarutan selama enam bulan kemudian. Hari ini umum,minggu depan patut mula kerja,dan dalam tempoh satu hingga dua bulan tanah adat di Tambisan harus diselesaikan," katanya.
Anwar dalam pada itu turut meluluskan penubuhan sebuah pusat dialisis di Felda Sahabat bagi memenuhi keperluan penduduk sekitar.
Katanya keperluan keseluruhan rakyat Sabah telah dibincangkan dengan kerajaan negeri,termasuk masalah tenaga elektrik serta bekalan air.
"Hal ini memerlukan peruntukan besar daripada kerajaan Persekutuan,jadi janganlah dengar hasutan yang bangkang (menentang) ini. Kalau nak selamat rakyat Sabah,maka kerjasama baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan adalah penting," katanya. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur