2024-09-12 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 September- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu di tengah-tengah pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),kata seorang peniaga.
Aliran meningkat harga kontrak niaga hadapan getah yang diniagakan di Jepun berakhir pada hari Rabu berikutan pengukuhan yen,walaupun harga minyak mentah yang lebih tinggi mengehadkan penurunan itu,katanya kepada Bernama.
Pemain pasaran juga dilihat memberi reaksi terhadap peningkatan pengeluaran getah asli domestik di tengah-tengah ketidakpastian politik di AS.
“Namun begitu,penurunan seterusnya dihadkan oleh jualan kereta yang memberangsangkan di China dan harga minyak mentah yang kembali pulih.
“Sentimen pasaran juga disokong oleh jangkaan langkah rangsangan di China menjelang pengumuman laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS,” kata peniaga itu.
Pada 5.18 petang,harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 1.88 peratus kepada US$70.37 setong.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun sebanyak 4.0 sen kepada 807.50 sen sekilogram manakala getah lateks pukal merosot sebanyak 2.0 sen kepada 670 sen sekilogram.
Pada 5 petang,harga rujukan LGM bagi SMR20 fizikal berada pada 803 sen sekilogram manakala lateks pukal berada pada 670 sen sekilogram.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur