2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto FB Azalina Othman Said
KUALA LUMPUR,13 September- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya kes 402 orang kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan eksploitasi di 20 buah rumah amal,baru-baru ini.
Menurut Azalina,beliau telah menghubungi Jabatan Bantuan Guaman (JBG) untuk menyantuni kanak-kanak dan keluarga mereka yang menjadi mangsa dalam insiden berkenaan dengan menawarkan khidmat 'pendamping kanak-kanak’ atau 'legal companion’.
Katanya,siasatan terhadap kes tersebut masih diteruskan.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin kepada isu kanak-kanak,Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif termasuk pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak yang telah diluluskan dalam sidang Parlimen lalu.
"Pindaan ini adalah bertepatan dan kena pada waktunya kerana ia memperuntukkan kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding,selain meniadakan keperluan keterangan sokongan mandatori," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Tambah Azalina,Kerajaan MADANI memberi penekanan serius dan tidak akan berkompromi terhadap isu yang melibatkan kesejahteraan serta keselamatan kanak-kanak kerana mereka adalah generasi masa depan negara.
BERITA BERKAITAN:
402 penghuni rumah amal dieksploitasi berjaya diselamatkan
PDRM siasat dakwaan GISB terlibat eksploitasi kanak-kanak
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur