2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: IPD Besut
BESUT,13 September- Seorang buruh binaan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah lori di jalan Lata Belatan dekat Kampung Kuala Kubang,Jabi di sini,petang semalam.
Ketua Polis Daerah Besut,Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian pada 3.30 petang itu,mangsa Muhammad Haziq Afiq Mohd Aluwi,20,meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
" Kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu Ford Ranger dalam perjalanan dari tempat kerja di Lata Belatan ke stesen minyak di Jabi.
“Sementara lori Hino dipandu Mohamad Nazri Kamarudin,30,dari arah tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Kuala Kubang menghala ke Lata Belatan.
“Semasa lori itu melalui selekoh,ia telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan Muhammad Haziq Afiq menyebabkan kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media malam tadi.
Mangsa yang beralamat di Kampung Gong Duek,Hulu Besut maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Mohamad Nazri tidak mengalami sebarang kecederaan.
Abdul Rozak berkata mayat dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur