2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah / Foto RTM
KUALA LUMPUR,13 September - Penyedia pengangkutan awam negara perlu lebih agresif dalam meneroka peluang kerjasama serta menggalakkan integrasi bagi meningkatkan perkhidmatan masing-masing.
Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah berkata kolaborasi antara operator pengangkutan akan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan memperbaiki pengalaman pengguna.
"Saya yakin perkara ini boleh dilaksanakan. Kita duduk bersama,sudah pasti Kementerian Pengangkutan (MOT) akan bertindak sebagai penghubung. Seperti yang saya katakan,kita masih ada lebih setahun lagi menuju Tahun Melawat Malaysia.
"Dalam tempoh hampir satu setengah tahun ini,saya harap mereka boleh duduk berbincang dan mengambil tindakan,mungkin kita boleh memperbaiki lagi destinasi serta menambah mod-mod pengangkutan lain untuk diintegrasikan bersama," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Tiket Integrasi Express Rail Link (ERL) dan KTMB,di ibu negara.
Menurut beliau,menerusi tiket integrasi tersebut,penumpang boleh membuat tempahan tiket dalam satu transaksi dari lapangan terbang ke mana-mana stesen KTMB terpilih dan sebaliknya.
Pada peringkat awal,integrasi ini melibatkan lima stesen KTMB yang mempunyai permintaan tinggi iaitu Alor Setar,Sungai Petani,Butterworth,Bukit Mertajam dan Ipoh.
Sempena pelancaran ini,penumpang ditawarkan diskaun tiket sebanyak RM5 bagi perkhidmatan KLIA Ekspres bermula hari ini sehingga 19 September 2024.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur