2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum Negeri Kedah di Pengkalan Sepit Biru,Sungai Petani/Foto JABATAN PERIKANAN NEGERI KEDAH
SUNGAI PETANI,13 September - Sebanyak 21,000 benih ikan dari spesies ikan baung dilepaskan ke Sungai Sepit Biru.
Benih yang dilepaskan itu bersempena Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum Negeri Kedah di Pengkalan Sepit Biru,Sungai Petani.
Pengarah Perikanan Negeri Kedah,Pang Anak Nyukang berharap melalui program perlepasan umum tersebut,populasi ikan air tawar ini dapat dipulihkan dan dikekalkan demi kelestarian sumber perikanan darat.
Selain itu,program itu juga diharap dapat meningkatkan hasil tangkapan nelayan darat,sekali gus membantu menambah pendapatan mereka.
“Jabatan Perikanan Negeri Kedah sentiasa komited dalam penjagaan sumber Perikanan Negeri Kedah,” katanya ketika berucap pada Program pelepasan ikan tersebut di sini.
Hadir sama,ADUN Pantai Merdeka,Sharir Long,Pegawai Daerah Kuala Muda,Datuk Abdul Gafar Yahya,Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Kedah,Nadia Marzuki,dan kakitangan Jabatan Perikanan serta komuniti Nelayan Darat setempat.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur