2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Jenazah bekas Ketua Penerangan UMNO,Tan Sri Hussin Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar,Pasir Mas Kelantan selepas solat Jumaat / Foto RTM
PASIR MAS,13 September - Jenazah Tan Sri Hussin Ahmad,bekas Ketua Penerangan UMNO selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar,di sini selepas solat Jumaat.
Allahyarham,yang dikenali dengan gelaran “Hussin Serama,” meninggal dunia pada usia 90 tahun di kediamannya di Kampung Lemal,Pasir Mas sekitar pukul 7 pagi tadi.
Menurut cucunya,Mohd Radzuan Rosli,34,Allahyarham telah lama menghidap penyakit Parkinson dan baru-baru ini mengalami serangan jantung.
“Kira-kira lima hari lalu,arwah terkena serangan jantung dan sukar bernafas. Ketika itu hanya anak bongsunya yang ada,dan bapa saudara kami kemudian membawa arwah ke Hospital Universiti Sains Malaysia.
"Beliau (arwah) dirawat di sana selama tiga hingga empat hari sebelum dibawa pulang ke rumah pada hari Rabu,setelah berbincang dengan doktor,” ujar Mohd Radzuan.
Allahyarham meninggalkan enam orang anak,lebih 30 cucu,dan 20 cicit.
Tan Sri Hussin merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO selama 14 tahun dari 1982 hingga 1999.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan dari 1978 hingga 1982.
BERITA BERKAITAN:
Bekas Ketua Penerangan UMNO,Hussein Ahmad meninggal dunia
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur