2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Datuk Ir Ho Hon Sang
KUALA LUMPUR,12 September - Pemaju hartanah lebih yakin terhadap prospek sektor itu bagi separuh pertama 2025 didorong urus niaga tahun sebelumnya dan peningkatan kos bahan binaan.
PresidenPersatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Datuk Ir Ho Hon Sang berkata,sentimen tahun ini dilihat lebih perlahan berikutan pendekatan berhati-hati oleh pemaju.
"Pemaju sangat berhati-hati dalam membuat keputusan sama ada mahu meningkatkan atau kekal sama. Saya akan mengatakan strategi jualan dan harga serius dan berhati-hati,yang bermaksud mereka perlu melihat lokasi projek,mereka ingin tahu aliran jualan.
"Jika mereka menjual lebih tinggi,bolehkah mereka menjual lebih cepat? Jika mereka menjual lebih cepat aliran tunai akan menjadi lebih baik,jika tidak maka lebih baik lihat pilihan lain," kata Ir Ho Hon Sang.
Berdasarkan Tinjauan Industri Hartanah dan Pasaran daripada Rehda,seramai 162 ahli di Semenanjung menyatakan berlaku peningkatan kos perniagaan bagi separuh pertama 2024 berbanding separuh kedua 2023.
69 peratus pemaju berdepan cabaran pembinaan antaranya disebabkan harga bahan tinggi,kekurangan dan bekalan bahan binaan yang tidak konsisten.
Dan sebanyak 44 peratus responden pula rancang untuk melancarkan projek pada separuh kedua 2024,dengan fokus kepada hartanah bertanah.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur