2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup
KLUANG,12 September - Johor menjadi penyumbang terbesar sektor pertanian dalam negara dengan RM17.21 billion Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) direkodkan pada tahun lalu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata,sektor tersebut menyumbang sebanyak 11.6 peratus kepada keseluruhan KDNK Johor.
Subsektor tanaman menjadi penyumbang terbesar iaitu 67.88 peratus diikuti subsektor ternakan 25.36 peratus dan subsektor perikanan 6.59 peratus.
"Daripada itu kita boleh lihat Johor merupakan negeri penyumbang terbesar dalam negara kepada sektor pertanian,maka kita nampak bahawa banyak pencapaian Johor yang sangat membanggakan dan kita lihat kita boleh lagi meningkatkan banyak lagi potensi yang ada di Johor ini," kata Arthur.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Sesi Libat Urus Bersama-sama Warga Peladang,Penternak dan Nelayan Daerah Kluang,di sini.
Dalam pada itu,beliau turut menzahirkan sokongan kepada kerajaan Johor dalam usaha memperkasakan agenda agromakanan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur