2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,13 September- Mesyuarat Majlis Air Negara ke-6 di Putrajaya bersetuju terhadap keperluan penubuhan satu jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jawatankuasa ini akan melibatkan semua pemegang taruh untuk memastikan ancaman ini dapat ditangani segera.
Beliau berkata mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada strategi meningkatkan pengawalan kualiti air sungai serta pengukuhan pengurusan dan penyelidikan bahan cemar baharu dalam sumber air Malaysia.
"Pada petang ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Air Negara ke-6 di Putrajaya yang merupakan platform bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk meneliti dan membincangkan mengenai pengurusan sumber air negara.
"Banyak implikasi diakibatkan oleh pencemaran air dan ada daripada kesan itu berada di tahap yang membimbangkan",katanya menerusi hantaran di facebook.
Dalam pada itu,Datuk Seri Anwar turut menekankan kepentingan penguatkuasaan berdasarkan peraturan dan undang-undang disamping keperluan pemantapan tatakelola serta pengaplikasian teknologi terkini dalam usaha memantapkan kualiti pengurusan air sungai di seluruh negara.
Beliau berkata Kerajaan MADANI juga akan terus memberi fokus bagi mengurangkan bekalan air tidak berhasil yang masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.
"Ini adalah penting dalam mengurangkan pembaziran dan memastikan kemampanan sumber air negara",katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur