2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,13 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat hari jadi kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-67.
Menerusi hantaran di laman Facebook,Anwar turut menzahirkan harapan untuk terus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Filipina.
“Semoga tahun ini membawa kejayaan dan memberikan kepuasan yang berterusan dalam semua usaha anda.
“Memandangkan kita kini meraikan 60 tahun hubungan diplomatik,saya berharap untuk terus memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara pada tahun-tahun akan datang berdasarkan sikap saling menghormati dan bekerjasama,” katanya.
Perdana Menteri turut berkongsi video ucapan selamat hari jadi untuk Marcos yang beliau sifatkan sebagai seorang sahabat yang begitu bertenaga,ceria dan boleh dipercayai.
“Raikan hari jadi ini dengan tekad untuk anda membina semula Filipina dan memperjuangkan nasib rakyat.
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk menunjukkan betapa berharganya anda sebagai seorang rakan dan saya amat menghargai persahabatan,kepercayaan serta keazaman kita bagi meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara dalam apa jua cara,” katanya.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur