2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Yang di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul
KUCHING,13 September- Institusi legislatif di seluruh peringkat harus kekal anjal dan melaksanakan reformasi berterusan.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Datuk Dr Johari Abdul berkata pentingnya reformasi ini adalah untuk memastikan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sentiasa mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat.
Reformasi ini bukan sahaja bertujuan memperbaiki sistem pentadbiran,bergerak ke arah memastikan kebertanggungjawaban pihak eksekutif agar lebih telus dan berkesan. Malah lebih penting untuk memastikan agar institusi Speaker kekal dihormati dalam proses penggubalan undang-undang negara.
Tambahnya peranan utama Yang di-Pertua Dewan Negara,Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri adalah untuk memastikan keadilan dan ketelusan dalam setiap persidangan Dewan.
Oleh yang demikian,institusi Speaker harus diperkasakan agar rakyat dapat menyuarakan pendapat dan terlibat secara aktif dalam perbahasan dasar.
Tan Sri Datuk Dr Johari berucap pada Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia di Kuching.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur