2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Anggota APM dan petugas ambulans membawa keluar mangsa dari lokasi sebelum diserahkan kepada ambulans Hospital Sik,semalam/ Foto: APM
SIK,14 September- Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas beberapa jam bertarung nyawa akibat disengat tebuan ketika berada di dusun buah-buahan miliknya di Kampung Jelutong,di sini,semalam.
Mangsa,Ahmad Dahaman,72,meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sik,malam tadi.
Terdahulu mangsa dihantar ke hospital berkenaan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Sik.
Dalam kejadian petang semalam,pegawai pertahanan awam daerah Sik,Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata mangsa dipercayai diserang tebuan ketika hendak turun dari pokok dokong di kebunnya itu.
“Pasukan APM Sik dengan kekuatan lima anggota ke lokasi kejadian dan membawa keluar mangsa dari lokasi sebelum diserahkan kepada ambulans Hospital Sik," katanya.
Justeru beliau menyeru orang awam sentiasa peka dan waspada dengan keadaan sekeliling terutama ketika musim buah yang kian di penghujung kerana serangga berbisa dan merbahaya seperti tebuan,temingat,dan keneneng gemar bersarang di pokok buah-buahan sepanjang musim ini.
Orang ramai boleh menghubungi APM Sik untuk sebarang kes kecemasan di talian 010-8177991.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur