2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Majlis pelepasan Kembara Hari Malaysia Skuad 'Yok Donga Be' 2024 di perkarangan RTM Melaka,di sini,hari ini.
MELAKA,14 September- Kembara Hari Malaysia Skuad 'Yok Donga Be' 2024,menjelajahke tiga negeri bermula hari ini bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.
Selain Melaka,kembara tersebut akan singgah di dua stesen negeri zon selatan iaitu di Negeri Sembilan dan Johor bagi menyemai semangat cintakan negara melalui aktiviti yang dijalankan di setiap persinggahan.
Pengarah Penyiaran Melaka,Siti Nurbaini Khairi berkata,antara persinggahan kembara selama dua hari itu ialah Galeri Bukit Kepong,Muar,Johor,Perkampungan Budaya Kampung Terachi,Kuala Pilah,Negeri Sembilan,Pantai Tanjung Bidara dan berakhir di Menara Taming Sari,Melaka,esok.
"Sebenarnya pemilihan tempat adalah lebih untuk kita menyantuni pendengar di tiga negeri,mengambil kira pendengar Melakafm Johorfm dan NEGERIfm. Jadi kita gunakan peluang untuk berkonvoi menyantuni pendengar dan pada masa yang sama kita menyemarakkan Hari Kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelepasan Kembara Hari Malaysia Skuad 'Yok Donga Be' 2024 yang disempurnakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB),Datuk Shadan Othman di perkarangan RTM Melaka,hari ini.
Sementara itu,Shadan berkata,selain menjadi platform menyemarakkan Hari Kebangsaan,kembara itu juga bagi mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di sepanjang perjalanan konvoi.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik turut disediakan di Menara Taming Sari,antaranya persembahan artis seperti Ezam EYE,Aris Ariwatan dan Zul Handyblack serta cabutan bertuah kepada pengunjung.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur