2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Van dinaiki mangsa terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 9,Jalan Kangar-Alor Setar di kawasan Kampung Permatang Pauh di sini,pada 4.30 pagi tadi/ Foto: JBPM
KANGAR,14 September- Seorang pesara tentera maut manakala tujuh lagi cedera selepas van yang dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 9,pada 4.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata mangsa maut,Mohd Arshad Hanapiah,73,yang merupakan penumpang belakang van itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurutnya,kesemua mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke arah Kangar menghala ke Kompleks Imigresen,Kastam,Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar untuk ke Krabi,Thailand.
“Semasa van ini sampai di lokasi kejadian,van dipandu Mohamad Syamel Morad,29,ini telah terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar pokok jenis Tunjuk Langit,yang berada di bahu kiri jalan.
“Pelanggaran itu menyebabkan pesara tentera tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian,manakala pemandu dan enam penumpang lain cedera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yusharifuddin berkata enam penumpang lain itu melibatkan dua lelaki dan empat perempuan berumur lingkungan 11 hingga 73 tahun.
Ujarnya keadaan lokasi kejadian yang gelap,kurang pencahayaan lampu jalan serta hujan lebat dan permukaan jalan basah dan licin menjadi faktor kemalangan itu berlaku.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat,manakala tujuh lagi yang cedera mendapatkan rawatan di hospital sama.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur