2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Azman Adnan (tengah) becakap kepada media selepas Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki Kali Ke-23/Foto RTM
NILAI,14 September - Ibu bapa yang tidak menghantar anak berusia tujuh tahun untuk mengikuti pendidikan di Tahun Satu boleh dikenakan tindakan.
Ketua Pengarah Pendidikan,Azman Adnan,menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan dasar pendidikan wajib,di mana semua anak warganegara berusia tujuh tahun perlu memulakan pendidikan di Tahun Satu.
Menurut beliau,dasar ini telah lama dikuatkuasakan,dan KPM memberikan peluang yang luas kepada semua kanak-kanak warganegara untuk mendapat pendidikan.
"Oleh itu,ibu bapa yang gagal menghantar anak mereka boleh dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) Kali Ke-23 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini,hari ini.
Pada majlis tersebut,seramai 1,375 graduan National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) 2022 dan 2023,yang bakal dilantik sebagai Pengetua dan Guru Besar,menerima sijil masing-masing.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur