2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
SERDANG,14 September- Sektor makanan menjadi antara tonggak utama yang harus negara hasilkan dan diberikan tumpuan,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru,beliau berkata adalah penting bagi memastikan jalinan ekosistem yang holistik serta mampan dapat dihasilkan dan tidak hanya bergantung kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sahaja.
"Yang lain seperti mana pemasaran,yang tidak seharusnya ditumpukan kepada FAMA. Tapi FAMA menjadi tonggak. Saya tahu dalam beberapa bulan yang pertama,memang saya agak menyergah FAMA itu dengan agak keras,menteri terpaksa memujuk saya agar lembutkan sedikit nada.
"Sekarang saya akui prestasi FAMA jauh lebih baik sekarang. Sebab itu saya kata ekosistem mesti berjalan. Kementerian Pertanian ini kementerian yang besar... kementerian yang punya tanggungjawab yang sangat penting dan strategik bagi negara kita.
"Tahun yang pertama kami masuk ke tahun kedua di bawah kepimpinan Menteri Datuk Seri Mohamad Sabu,saya tengok tahap kelajuan itu meyakinkan. Maknanya,kalau saya lihat kalau pace (rentak) perubahan dan kemajuan yang berlaku di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti yang ada sekarang dengan fokus termasuk durian dan pelbagai hal yang lain... saya yakin beri satu dua tahun lagi,kita lihat landskap pertanian negara kita akan berubah",kata Datuk Seri Anwar semasa berucap pada Majlis Perasmian MAHA 2024 di MAEPS,Serdang.
Perdana Menteri menyatakan kenyakinan berdasarkan kepada perubahan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah kepimpinan menteri,Datuk Seri Mohamad Sabu.
Ia sejajar dengan sumbangan sektor agromakanan sebanyak 10.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara yang meliputi 3.1 peratus sektor pertanian,2.2 peratus sektor pembuatan dan 5.6 peratus sektor perkhidmatan.
Beliau juga menyeru seluruh jentera kerajaan supaya bangkit dengan kekuatan baharu dalam semua bidang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat di mata dunia.
Dalam pada itu,Datuk Seri Anwar meluahkan rasa bangga dan memuji gerak kerja Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi penganjuran Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2024) yang memasuki usia satu abad.
"Tetapi saya tidak boleh terlepas menyatakan penghargaan sekali lagi kerana saya tahu cara sahabat saya,Datuk Seri Mohamad Sabu bekerja. Semalam,untuk memantau keadaan,dia bermalam di sini. Ini tidak ramai yang buat begitu.
"Saya harap ini jadi contoh,dapat memberi inspirasi,semangat dan dorongan kepada yang lain",katanya berucap pada Majlis Perasmian MAHA 2024 di MAEPS,Serdang",katanya.
MAHA 2024 bertemakan ‘Menuai Harapan Membina Masa Hadapan’ berlangsung selama 12 hari bermula 11 September lalu. Sehingga semalam,MAHA 2024 telah menerima kehadiran lebih 6,000 pengunjung daripada 17 buah negara dan sebanyak 36 perjanjian persefahaman (MoU) telah ditandatangani dengan nilai sebanyak RM759 juta.
Niaga hadapan emas ditutup tinggi
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS
ASB catat 11.1 juta pelabur, 173.8 bilion unit dilanggan
Projek Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah ikut prosedur MOF - Nanta
Dua cedera, enam kenderaan musnah terbakar di Labuan
Op Khas Motorsikal JPJ : 37,708 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur