2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pos Malaysia melancarkan set folder edisi khas sempena Hari Malaysia 2024/Foto POS MALAYSIA
KUALA LUMPUR,14 September - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan set folder edisi khas sempena Hari Malaysia 2024.
Set folder edisi khas bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ itu memperingati pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963 serta mencerminkan komitmen negara terhadap perpaduan dan kemajuan.
Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan koleksi yang direka oleh jenama kreatif Loka Made itu menampilkan identiti pelbagai budaya Malaysia melalui ilustrasi indah pelbagai bangsa,berlatarbelakangkan mercu tanda ikonik negara.
"Tema ini turut terserlah dalam penggunaan peribahasa “Seikat bagai sirih,serumpun bagai serai” pada setem," menurut kenyataan itu.
Ciri utama koleksi Hari Malaysia 2024 adalah penggunaan dakwat limunan pada setem yang mendedahkan reka bentuk tersembunyi di bawah cahaya UV. Ciri inovatif ini menambah elemen interaktif kepada setem koleksi.
Dengan harga RM33.80,set eksklusif ini akan mula dijual pada Selasa (17 Sept) di semua 90 Pejabat Filateli Pos Malaysia di seluruh negara termasuk 13 Pejabat Pos Am serta secara dalam talian di https://shop.pos.com.my sementara stok masih ada.
Set ini mengandungi satu Helaian Setem terdiri 20 x setem RM1.30,satu sampul Surat Hari Pertama dengan setem (termasuk risalah percuma) dan satu folder. - BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur