2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 September- Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan Jumaat susulan peningkatan ketara pada sesi sebelum ini selain dipengaruhi oleh prestasi pasaran serantau,kata peniaga.
Pada masa sama,sentimen turut dijejaskan oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
“Bagaimanapun,kerugian seterusnya dapat dikekang oleh peningkatan harga minyak mentah,jangkaan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain pengesahan China untuk merangsang pemulihan ekonominya,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu,pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada Isnin ini bersempena cuti umum Hari Malaysia serta Maulidur Rasul dan akan beroperasi semula pada hari berikutnya.
Harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 turun 3.0 sen kepada 812.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 2.0 sen kepada 675.50 sen sekilogram.
Pada 5.00 petang,harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 815 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 677 sen sekilogram.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur