2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

PayNet,Weixin Pay jalin kerjasama permudah pembayaran QR / Foto RTM
KUALA LUMPUR,13 September - Payments Network Malaysia (PayNet) mengumumkan kerjasama dengan Weixin Pay,perkhidmatan pembayaran QR popular di China.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet,Farhan Ahmad berkata kerjasama tersebut membolehkan pengguna Weixin Pay membuat pembayaran terus melalui DuitNow QR kepada 2 juta peniaga di Malaysia.
"Kerjasama ini selaras dengan perjanjian baru-baru ini antara Malaysia dan China,yang bertujuan memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang,termasuk perdagangan,ekonomi dan digital," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kerjasama antara PayNet dan Weixin Pay,di sini.
Selain itu,Farhan berkata penyambungan Weixin Pay dengan rangkaian pembayaran di Malaysia dijangka memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pilihan utama pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur