2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,14 September- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu,sekali gus mencetuskan peningkatan permintaan dan harga.
Pakar industri Dennis Low berkata Taufan Yagi yang menyebabkan banjir buruk serta tanah runtuh di negara-negara pengeluar selain hujan lebat,juga telah menjejaskan pengeluaran komoditi berkenaan.
“Pihak Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan lebih banyak hujan turun di seluruh negara itu mulai 13 Sept,2024 dan meminta orang ramai berhati-hati mengenai kemungkinan bencana alam dalam bentuk banjir kilat dan kejadian kepala air.
“Sehubungan itu,pasaran dijangka menyaksikan output lebih rendah susulan hujan lebat dan ini akan melonjakkan aktiviti peningkatan stok simpanan,” katanya kepada Bernama.
Selain itu,Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) turut menjangkakan keadaan cuaca yang tidak menentu di negara-negara pengeluar utama getah selain peningkatan minyak mentah akan menyokong kenaikan harga komoditi itu pada minggu depan.
Aliran peningkatan seterusnya bagaimanapun dikekang oleh prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur selain faktor pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ini susulan pendirian peniaga yang berhati-hati berikutan tiada kepastian jelas mengenai pengurangan kadar faedah utama serta pilihan raya presiden negara maju itu.
Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 menokok 24.50 sen kepada 812.50 sen sekilogram daripada 788 sen sekilogram seminggu sebelumnya.
Susu getah pukal meningkat sebanyak 12.50 sen kepada 675.50 kilogram sekilogram daripada 663 sen sekilogram sebelum ini.
Pada 5 petang,harga rujukan bagi SMR 20 fizikal berada pada 815 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 677 sen sekilogram. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur