2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,14 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka stabil minggu depan seiring dengan prestasi pasaran tunai.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pada masa hadapan indeks perlu menembusi paras rintangan 1,670 untuk memulihkan momentum kenaikan harganya.
"Sekiranya paras ini dapat ditembusi dengan jumlah dagangan yang besar,paras rintangan seterusnya ialah pada 1,700," katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir,kontrak September 2024 meningkat 12.0 mata kepada 1,647.5,Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing naik 11.50 mata kepada 1,650.0 dan 1,654.0 manakala Mac 2025 meningkat 12.5 mata kepada 1,641.
Jumlah dagangan turun kepada 26,397 lot daripada 39,004 minggu sebelumnya,manakala kepentingan terbuka susut kepada kepada 52,194 kontrak daripada 55,697.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur